My Site
Instagram Twitter Tumblr
Selenophile 🌘

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Resepi : Kimbab
Thursday, February 4, 2016 - Permalink - 3 Comments

Ihsan gambar dari google

Assalamualaikum & Hi !

Sebenarnya adik yang sibuk sangat suruh aku buat Kimbab ni sebabnya dia terpengaruh dengan Running Man dan segala cerita korea yang dia tengok . So , aku pun google la sikit resepi dia and yes semalam dengan rasminya siaplah 4 gulung kimbab . 

Bahan bahan : 



1. Beras short grain (Sumo )
2. Minyak Bijan 
3. Seaweed , beli kat mydin je . 10 keping , rm 7 lebih , tak ingat berapa sen dia haha 
4. Telur 2 biji 
5. Timun 
6. Isi ketam yang merah putih tu 
7. Sosej 
8. Minyak masak & garam 
9. Bamboo mat tapi aku takde so guna lapik pinggan je . 
10.Carrot * tak letak 


Cara cara penyediaan :

Mula mula korang basuh dulu beras tu macam biasa , macam nak tanak nasi tu la . Aku masak dalam 1 cup je sebab dah tahu 2 beradik je akan makan . Untuk sukatan air , guna kekdah 1:2 . Memandangkan aku guna 1 cup beras , so air 2 cup . Okay ? 

Next , masa tunggu beras masak korang bolehlah potong timun tu . Makesure buang yang lembik tengah tengah tu . Timun tu potong memanjang tau . Lepastu  kalau korang nak letak carrot buat sama juga dengan timun , sebelum tu buang dulu kulit carrot tu . 

Lepastu bolehlah goreng telur dadar . Jangan lupa letak garam sikit , bagi ada rasa . Lepas dah siap goreng , tunggu telur sejuk sikit lepastu baru potong memanjang macam timun tadi . Sama juga dengan Sosej dan isi ketam tu , goreng . Kalau nak rebus pun boleh je tapi aku tak suka sosej rebus . Sosej dengan ketam tu pun potong memanjang . Untuk sosej & isi ketam aku belah dua . 

Bila beras dah masak , korang sejukkan dalam 10 minit camtu . Dalam masa yang sama , letak sikit minyak bijan dan garam untuk perasa nasi tu . Minyak bijan jangan banyak sangat . Dalam 5/6 titik macam tu lah . Garam ikut cita rasa dan ikut sukatan beras koranglah . Aku letak dalam suku sudu kecil je . 




Kan dah cakap , takde bamboo matt pun bolehje buat . Korang spread nasi tu dan tinggal dalam 2 petak bahagian bawah tu . Letak bahan yang korang nak atas tu , lepastu gulungkan dia . Masa gulung tu , tekan tekan sikit. Bila dah siap , curah dalam 2 titik minyak bijan atas tangan then sapu pada gulungan tu bagi shine shine sikit . ewahh . 
Bila dah siap gulung , bolehlah potong . Masa potong tu makesure ada tisu basah sebelah korang . Lepas potong dua ketul , lap pisau tu ,pastu baru sambung potong balik . 
Aku punya tu kedudukan teruk betul hahaha first try kot .

Adios ~ 


*Update : second try hiks 

Labels:


3 Comment(s)


Writter



Welcome to my blog !

Sila tinggalkan jejak di Chatbox ya ! Click mana mana button 'mysite' untuk berkenalan okay ? :)
Taghboard


Post



Credit

Template by Siti
Owner : Suraya